Tentu ramai masih kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Siti Aisya Adam, isteri Matyo di Lapangan Terbang Skypark Subang tahun lalu…
Wanita cantik itu memaki hamun salah seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang berkenaan sehingga mendapat kritikan dan kecaman dari orang ramai…
Apapun, itu adalah cerita lama yang pernah sensasi di serata Malaysia. Terkini, penampilan isteri Matyo mengalami perubahan mendadak yang amat mengejutkan kami…
Penampilan Siti Aisya Adam, isteri Matyo di majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda Bustaman cukup mencuri tumpuan. Dia kini dilihat sudah berhijab dan tampil cukup manis…
Perubahan ini pastinya satu perkembangan positif buat keluarga Matyo atau nama sebenarnya, Norshahrul Idlan Talaha, 28…
Selain pasangan ini, ramai pemain Johor Darul Takzim juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana majlis persandingan…
Berikut ialah beberapa keping gambar kehadiran pemain-pemain JDT yang dikongsikan dari laman Facebook JOHOR Harimau Selatan dan Harimau Selatan…